Saturday, April 23, 2016

PENATARANBAHASA MELAYU TAHUN 6

Sabtu,23 April 2016. Taklimat Penataran Bahasa Melayu format baru diadakan di dewan SKG untuk semua pelajar Tahun 6. Semoga taklimat ini dapat memberikan pendedahan kepada semua murid agar lebih faham format baru Bahasa Melayu.



Thursday, April 14, 2016

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETERAMPILAN PENGAWAS & KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Khamis,14 April 2016.Jam 2.00 hingga 5.30 petang. Kursus Pemantapan Sahsiah dan Keterampilan Pengawas dan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya. Dirasmikan oleh PK HEM En. Amran B.Mokthar.

 

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
BACAAN DOA OLEH EN.MOHAMMAD FAIZ MORIUN BIN ABDULLAH

         UCAPAN PERASMIAN OLEH EN.AMRAN BIN MOKHTAR PK HEM SKG



                 PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH PK KO EN.SABRI BIN MAMAT

PENCERAMAH JEMPUTAN DARI SK.AMPUAN MARIAM MOHAMMAD RAZALI CHIK





Tuesday, April 12, 2016

TEMU MURNI TOV 1

Selasa,12 April 2016. Majlis temu murni semua ibu bapa murid Tahun 1- Tahun 6. Program ini bertujuan untuk menerangkan tahap pencapaian murid kepada semua ibu bapa atau penjaga agar mereka dapat memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian anak-anak mereka.





Sunday, April 10, 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SAYANG DISAYANG

Ahad,10 April 2016. Majlis Sumbangan Sayang Disayang kepada murid yang dimasukkan ke wad hospital kerana sakit. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Amalan menjaga kebajikan murid merupakan salah satu aspek keprihatinan warga sekolah dalam membentuk kesejahteraan bersama. Tabung Sayang Disayang telah diwujudkan untuk mendapatkan sumbangan daripada warga sekolah. Tabung ini dimanfaatkan apabila terdapat murid yang kematian ibu bapa atau murid ditimpa masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad hospital.Program ini amat sesuai sebagai salah satu elemen guru penyayang yang telah dilancarkan di peringkat sekolah sebagai menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan warga sekolah kepada murid-murid.Program ini juga sebagai satu didikan kepada murid-murid agar bersimpati dan saling membantu terhadap kesusahan orang lain. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, murid berasa lebih dihargai dan disayangi oleh guru dan kawan-kawan atas kecaknaan yang diberikan. Semoga program ini dapat mewujudkan kesejahteraan mental dalam kalangan murid sterusnya memupuk sifat bantu-membantu sesama rakan. InshaAllah.

HADIAH GALAKAN PENCAPAIAN A TOV 1 (UPSR)

Ahad,10 April 2016. Penyampaian hadiah galakan kepada murid yang mendapat A dalam setiap mata pelajaran UPSR.Mudah-mudahan akan memberikan perangsang kepada semua murid untuk memperbaiki pencapaian mereka masing-masing.

NOR SHAHIRAH BT.AYUB
PENCAPIAN TOV 1( 4A 2B)
MUHAMMAD FARHAN B.MOHD AZAM
PENCAPAIAN TOV 1(5A 1B)

PENERIMA HADIAH MTQ PPKI

Ahad,10 April 2016 . Penyampaian hadiah pemenang MTQ PPKI 2016 disempurnakan oleh GB Puan Norainy Binti Hussin.

NUR ANIS ATHIRAH BT MOHD ZIN
TEMPAT KE-2 TILAWAH AL-QURAN
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR BIN SULAINI
TEMPAT KE-3 TILAWAH AL-QURAN