Monday, September 30, 2013

Taklimat Gred Hakiki DG32





Aktiviti Pendidikan Jasmani Tahun 4





Aktiviti Pendidikan Jasmani PPKI



ni........kemahiran apa pula!!!!!!!!!!!!!!



Ujian Linus







Murid-murid Tahun 1  sedang menjalani ujian Linus. Ujian bermula pada 29.9.2013. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang masih lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Thursday, September 26, 2013

Program dan Aktiviti Tahun 6




 Inilah Ustaz Sheik Maulana Abd.Sham. Pakar Menyembelih Kambing. Nok ukur apa pula tu...

Ai...yang ni siapa pula...sebelah kiri Cikgu Faiz bersama dengan Cikgu Hamidi memulakan acara.......

Ei....nok periksa apa pulo tu......

seronok nampak....ke takut tu...pertama kali pegang daging kambinggggg....

Mana.....paha kambing ni...

Aik....tak sabar nampak nak makan kambing panggang.

Yang ni......buat apa pula tuuuuu...

Inilah dia.... pakar melapah daging kambing Cheffffff Wan Yusof....bersama pembantunya  Cikgu Amir.aik...yang kat maotosikal tu...takan tengok je.....


Inilah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru Tahun 6  selepas peperiksaaan UPSR. Kelihatan guru-guru sedang melapah daging kambing untuk dijadikan hidangan istimewa kepada semua pelajar Tahun 6 setelah bertungkus lumus menghadapi peperiksaan UPSR. Program dan aktiviti ini juga bertujuan untuk menunjukkan dan mendedahkan cara dan teknik menyembelih yang  betul mengikut syariat islam. Guru yang bertanggungjawab melakukan sebelihan ini ialah Ustaz Sheik Maulana Abdul Sham.  Program dan aktiviti  ini dirancang dan dijalankan oleh guru-guru Tahun 6 dengan kerjasama Panatia Agama Islam dan turut dijayakan bersama oleh semua guru, Pihak Pengurusan  dan kakitangan  Sekolah. Semoga program seperti ini dapat memberikan ilmu yang baru kepada para pelajar untuk menghadapi kehidupan mereka pada masa akan datang.

Tuesday, September 24, 2013

Panorama Pagi

Kelihatan guru-guru sedang kusyuk memikirkan akan tugasan masing-masing. Guru-guru sedang mendengar tasmik pagi yang diadakan di dataran sekolah pada setiap pagi. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru-guru mengambil kesempatan untuk mendengar bacaan tasmik yang dilakukan oleh Maulana Sheik Abd Sham.

Thursday, September 19, 2013

Temasya Sukan SKG 2013


Tragedi Sukan SKG

Saksikanlah kesungguhan anak-anak didik SKG untuk bersaing dalam acara 4x 200 meter. Walaupun kecundang dan tersungkur di penghujung acara....

Panorama Temasya Sukan 2013





























Temasya sukan SKG bermula pada hari selasa dengan melibatkan semua guru dan murid. Temasya sukan dimulakan dengan acara sukaneka pada hari pertama. Pada hari kedua acara padang dan balapan yang melibatkan murid Tahap 2. Acara-acara yang dijalankan iaitu Lontar peluru, lompat jauh, 100 meter, 200 meter, 4x100 dan 4x200 meter. Majlis perasmia telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Norainy Binti Hussin.Objektif  program ini ialah untuk  memberikan ruang dan peluang kepada semua murid untuk menonjolkan bakat dan kebolehan dalam sukan.