Sunday, May 29, 2016

CAKNA ICT PROGRAM CUTI TERANCANG

AHAD, 29 Mei 2016. Program Cuti Terancang Jawatankuasa ICT sekolah mengadakan program
" CAKNA ICT"kepada semua murid tahun 4 yang berlangsung selama 2 hari iaitu 29 - 30 Mei 2016 bermula dari jam 8.00-10.00 am mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semua ahli jawatankuasa ict sebagai fasilitator. Program ini bertujuan untuk menambahkan kefahaman dan menarik minat murid dalam bidang ict sebagai pemangkin dalam pembelajaran abad ke-20.

Friday, May 27, 2016

KEM CEMERLANG JAWI PROGRAM CUTI TERANCANG

Jumaat, Jam 8.00 pagi,27 Mei 2016. Program Kem Kecemerlangan Jawi anjuran Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tulisan dan pembacaan jawi dikalangan murid-murid yang masih lemah dalam mata pelajaran tersebut. Kem ini juga diadakan bagi mengisi ruang sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2016. Semoga kem ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran tersebut. InshaAllah.















Thursday, May 26, 2016

KLINIK LINUS 2.0

Khamis, 26 Mei 2016. Klinik Linus kali fasa 2 bagi murid -murid yang masih lemah.




Wednesday, May 25, 2016

PROGRAM INDAHNYA ALAM

Rabu, 25 Mei 2016 Program Indahnya Alam oleh semua warga PPKI bersama-sama untuk menambah baik Taman PPKI agar lebih indah dan ceria. Program ini bertujuan untuk ;

1. Memupuk nilai kerjasama di kalangan murid PPKI
2.Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya menjaga alam sekitar
3.Menaik taraf Taman PPKI
4.Memanfaatkan bahan buangan agar diguna pakai semula untuk mengelakkan pembaziran.

  


PELANCARAN IHYA RAMADHAN 2016

Rabu,25 Mei 2016. Pelancaran Program Ihya Ramadhan diadakan di Dataran Perhimpunan sekolah. Disempurnakan oleh Puan Guru Besar.

UCAPAN PENGERUSI PROGRAM USTAZAH ROHANI BT HUSSAIN
         UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR PUAN NORAINY BT.HUSSIN

   CERAMAH AMBANG RAMADHAN OLEH USTAZ ABDUL HAKIM B MOHAMAD