Sunday, April 10, 2016

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SAYANG DISAYANG

Ahad,10 April 2016. Majlis Sumbangan Sayang Disayang kepada murid yang dimasukkan ke wad hospital kerana sakit. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Amalan menjaga kebajikan murid merupakan salah satu aspek keprihatinan warga sekolah dalam membentuk kesejahteraan bersama. Tabung Sayang Disayang telah diwujudkan untuk mendapatkan sumbangan daripada warga sekolah. Tabung ini dimanfaatkan apabila terdapat murid yang kematian ibu bapa atau murid ditimpa masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad hospital.Program ini amat sesuai sebagai salah satu elemen guru penyayang yang telah dilancarkan di peringkat sekolah sebagai menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan warga sekolah kepada murid-murid.Program ini juga sebagai satu didikan kepada murid-murid agar bersimpati dan saling membantu terhadap kesusahan orang lain. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, murid berasa lebih dihargai dan disayangi oleh guru dan kawan-kawan atas kecaknaan yang diberikan. Semoga program ini dapat mewujudkan kesejahteraan mental dalam kalangan murid sterusnya memupuk sifat bantu-membantu sesama rakan. InshaAllah.