Saturday, January 30, 2016

GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI


Sabtu, 30 Januari 2016, 8.30 pagi. .  Pihak sekolah menjalankan aktiviti gotong-royong bersama komuniti sekolah iaitu ibu bapa pelajar dan penduduk kampung yang berada di sekitar sekolah untuk membersihkan kawasan dan luar sekolah bertujuan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk AEDES.Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Puan Guru Besar berkenaan tugasan yang akan dilakukan mengikut kumpulan. Kawasan yang menjadi sasaran iaitu longkang dan kawasan semak yang berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk AEDES. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang sangat baik kerana menjayakan program ini. Semoga program seperti ini akan berterusan dan menjadi satu budaya untuk menjaga kebersihan bukan sahaja kepada pihak sekolah malahan kepada pihak komuniti yang lain.



PUAN GURU BESAR BERSAMA-SAMA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG MEMBERSIKAN  KAWASAN DI SEKITAR KAWASAN LUAR SEKOLAH
TAKLIMAT OLEH PUAN GB TENTANG TUGASAN YANG AKAN DILAKUKAN

Thursday, January 28, 2016

GOTONG ROYONG PERINGKAT SEKOLAH(MENGHAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES)


Rabu, Jam 8.00 pagi,28 Januari, 2016 . Pihak sekolah menjalankan gotong-royong membersihan kawasan sekolah untuk membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk AEDES.Dimulakan dengan perhimpunan pagi iaitu bacaan Al-Quran dan Doa oleh Ustaz Abdul Sham,kemudian  ucapan ringkas oleh Puan Guru Besar seterusnya taklimat dan pembahagian kumpulan kerja oleh PK HEM.

UCAPAN GB


TAKLIMAT OLEH GPKHEM