Majlis diadakan pada 3 Oktober 2013 hari Khamis bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Guru Besar Norainy Binti Hussin. Program ini dikelolakan oleh Panatia Agama Islam dengan kerjasama semua guru dan pihak pentadbir. Program ini merupakan salah satu pengisian PASCA Tahun 6 2013. Bertujuan untuk melahirkan dan menyemai kecintaan kepada Al-Quran.
20050 Kuala Terengganu TEL: 09-6235580 FAX : 09-6201202 Email: tba3025@gmail.com/ tba3025@moe.edu.my
Thursday, October 3, 2013
Tuesday, October 1, 2013
Tarian 1 Malaysia Pra Sekolah Sk.Gelugor
Program Tarian 1 Malaysia. Murid-murid dan guru-guru bersama -sama memeriahkan program Tarian 1 Malaysia. Bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak di peringkat awal persekolahan untuk memupuk dan menyemai sifat perpaduan di kalangan kaum di Malaysia. Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang adanya pelbagai kaum dan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia yang perlu dihormati. Mudah-mudahan pendedahan seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,agama dan budaya.
Video PJK PPKI
Murid -murid PPKI sedang melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Walaupun mereka tidak sama seperti pelajar-pelajar perdana, namun semangat dan kesungguhan mereka dalam mengikuti pembelajaran tetap terserlah. Kesungguhan guru-guru mereka untuk terus mendidik dan membimbing pelajar-pelajar seperti ini dengan penuh kasih sayang dan ketatabahan menjadikan pelajar-pelajar ini sangat gembira dan ceria setiap kali mengikuti semua aktiviti yang dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)