Murid -murid PPKI sedang melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Walaupun mereka tidak sama seperti pelajar-pelajar perdana, namun semangat dan kesungguhan mereka dalam mengikuti pembelajaran tetap terserlah. Kesungguhan guru-guru mereka untuk terus mendidik dan membimbing pelajar-pelajar seperti ini dengan penuh kasih sayang dan ketatabahan menjadikan pelajar-pelajar ini sangat gembira dan ceria setiap kali mengikuti semua aktiviti yang dilakukan.