Inilah Ustaz Sheik Maulana Abd.Sham. Pakar Menyembelih Kambing. Nok ukur apa pula tu...
Ai...yang ni siapa pula...sebelah kiri Cikgu Faiz bersama dengan Cikgu Hamidi memulakan acara.......
Ei....nok periksa apa pulo tu......
seronok nampak....ke takut tu...pertama kali pegang daging kambinggggg....
Mana.....paha kambing ni...
Aik....tak sabar nampak nak makan kambing panggang.
Yang ni......buat apa pula tuuuuu...
Inilah dia.... pakar melapah daging kambing Cheffffff Wan Yusof....bersama pembantunya Cikgu Amir.aik...yang kat maotosikal tu...takan tengok je.....
Inilah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru Tahun 6 selepas peperiksaaan UPSR. Kelihatan guru-guru sedang melapah daging kambing untuk dijadikan hidangan istimewa kepada semua pelajar Tahun 6 setelah bertungkus lumus menghadapi peperiksaan UPSR. Program dan aktiviti ini juga bertujuan untuk menunjukkan dan mendedahkan cara dan teknik menyembelih yang betul mengikut syariat islam. Guru yang bertanggungjawab melakukan sebelihan ini ialah Ustaz Sheik Maulana Abdul Sham. Program dan aktiviti ini dirancang dan dijalankan oleh guru-guru Tahun 6 dengan kerjasama Panatia Agama Islam dan turut dijayakan bersama oleh semua guru, Pihak Pengurusan dan kakitangan Sekolah. Semoga program seperti ini dapat memberikan ilmu yang baru kepada para pelajar untuk menghadapi kehidupan mereka pada masa akan datang.