Khamis, 18 Ogos 2016. Program prihatin UPSR 2016. Pihak sekolah mengadakan bacaan Yassin,Solat Hajat & Solat Dhuha setiap Hari Rabu&Khamis untuk mendoakan kejayaan murid UPSR. Semua murid tahap dua iaitu tahun 4 hingga tahun 6 terlibat.
Selasa, 16 Ogos 2016. Kelab Kitar Semula mengadakan program Pengumpulan Bahan kitar Semula bersama Komuniti. Program ini disertai oleh PIBG,pihak pentadbir,guru-guru penasihat dan semua ahli Kelab Kitar Semula.
. Pelancaran Program "Jari Di Bbir".telah dilaksanakan sejak Bulan April 2016. Namun begitu amalan ini telah dipraktikkan sejak Tahun 2015. Bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah murid melalui pembentukan tingkah laku yang baik seterusnya membentuk tingkah laku murid ke arah kemenjadian murid yang lebih mantap dan terpuji.