Thursday, September 19, 2013

Panorama Temasya Sukan 2013





























Temasya sukan SKG bermula pada hari selasa dengan melibatkan semua guru dan murid. Temasya sukan dimulakan dengan acara sukaneka pada hari pertama. Pada hari kedua acara padang dan balapan yang melibatkan murid Tahap 2. Acara-acara yang dijalankan iaitu Lontar peluru, lompat jauh, 100 meter, 200 meter, 4x100 dan 4x200 meter. Majlis perasmia telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Norainy Binti Hussin.Objektif  program ini ialah untuk  memberikan ruang dan peluang kepada semua murid untuk menonjolkan bakat dan kebolehan dalam sukan.
 

Sunday, September 15, 2013

Taklimat dan Pengisian SSQS Sekolah-Sekolah KT 2013



Guru-guru Penyelaras ICT sekolah-sekolah di Kuala Terengganu sedang tekun untuk mengisi data dan maklumat ke dalam Portal ICT BTPN untuk kutipan data bagi pentarafan ICT sekolah bagi tahun 2013. Semoga program ini akan terus dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru-guru dalam bidang ICT.

Wednesday, September 11, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah "Minggu Bahasa PKKBI"


Majlis disempurnakan oleh Puan Guru Besar dan diiringi oleh guru PKKBI Cikgu Nazrul dan Cikgu Ong. Majlis turut disertai oleh semua guru dan murid-murid sekolah. Program ini bertujuan untuk memberikan dorongan dan ruang untuk pelajar-pelajar istimewa ini menampilkan bakat mereka.

Barisan Pentadbir SKG 2013

Inilah barisan pentadbir SKG 2013. Dari kanan PK HEM Tn. Haji Yahya Bin Yussof, PK KO Tn Haji Zulkepli Bin Muda, Guru Besar Puan Norainy Binti Hussin dan PK I Tn. Haji Muhamud Bin Salleh.

Tuesday, September 10, 2013

SENI BAHASA TAHUN 1


KEMAHIRAN MEMBACA


Gelagat Sukantara 2013

Saksikanlah kehebatan dan semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid dan guru-guru.

Doa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Ustaz Abd Sham membacakan doa sebelum menduduki peperiksaan UPSR dengan diiringi oleh Puan Guru Besar Norainy Binti Hussin serta semua guru. Mudah-mudahan dengan izin Allah  murid-murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan sabar. Sama -samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak murid kita agar mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Taklimat Peperiksaan UPSR


Panorama dan gelagat Sukantara 2013

 Beginilah suasana dan panorama sepanjang sukantara 2013. Walaupun cuaca begitu panas namun, guru-guru dan murid-murid tetap bersemangat dan gembira sepanjang program tersebut dijalankan.









Taklimat Keselamatan Peperiksaan UPSR





Pn. Guru Besar Pn. Norainy Binti Hussin sedang memberikan taklimat dan penerangan tentang Prosuder Keselamatan sepanjang peperiksaan UPSR. Beliau berharap semua guru-guru dan kakitangan sekolah mematuhi arahan yang ditetapkan sebagaimana yang dimaklumkan.

Monday, September 9, 2013

Tasmik Pagi

Murid-murid sedang mengikuti Program Tasmik pagi yang dikendalikan Oleh Ustaz Abd Sham. Program ini sentiasa berjalan setiap hari sebagai mukadhimah sebelum memulakan pembelajaran. Mudah-mudahan program ini akan dapat memberikan ketenangan dan melembutkan hati murid-murid agar mudah untuk  menerima dan memahami pembelajaran.

SALAM RAYA

Murid-murid kelas 4 C bergambar bersama dengan Cikgu Mohd Faiz. Murid-murid amat gembira kerana diberikan peluang untuk menikmati suasana hari raya bersama kawan-kawan dan guru-guru mereka di sekolah. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama umat islam.

Wednesday, September 4, 2013

MURID PRA SKG 2013



Program Sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang. Puan Guru Besar Puan Norainy Binti Hussin sedang menyambut kedatangan murid PPKI dengan penuh kasih sayang dan kemesraan untuk memberikan dorongan dan semangat. Mudah-mudahan pelajar seumpama ini akan lebih bersemangat untuk datang ke sekolah setiap hari.

Wednesday, August 28, 2013

PPKI SK.Gelugor
Part 4
Ambang Merdeka Part 2
Sempena Hari Kebangsaan 2013 yang akan disambut tidak lama lagi iaitu pada tanggal 31 Ogos,  Sekolah Kebangsaan Gelugor melancarkan Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Sekolah yang dilancarkan oleh Pn. Guru Besar Sendiri iaitu Pn. Norainy Hussin.