Saturday, January 16, 2010

PROFIL SEKOLAH

Sejarah Penubuhan


Pada 1/1/1945, Sek. Melayu Gelugor ditubuhkan semasa Tanah Melayu masih di bawah pemerintahan Jepun. En. Yusof b.Kotet , Ibrahim b. Tg. Long, Tn. Besar b. Tn. Embong bersama-sama masyarakat kampung bersetuju mendirikan sekolah melayu untuk anak – anak mereka menimba ilmu. En. Embong b. Kotet membenarkan anak – anak desa belajar di bawah rumahnya bagi sementara waktu. Sambutan dan sokongan menguatkan semangat En. Yusof b. Kotet. Beliau bersama rakan – rakannya membuat permohonan kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan seorang guru kerajaan mengajar di sekolah sementara tersebut. Dengan berkat usahanya, permohonan tersebut telah berhasil.











Lokasi 

Sekolah Kebangsaan Gelugor terletak di Kampung Gelugor, Kuala Terengganu. Lokasi sekolah adalah bersebelahan dengan kediaman YB. SENATOR DATO’ ABDUL RAHMAN B. BAKAR, ahli parlimen Marang. Jarak perjalanan antara SK. Gelugor dengan Bandar Kuala Terengganu pula adalah sekitar 10km.

Perasmian 

Perasmian pembukaan SK. Gelugor disempurnakan oleh DYMM Sultan Terengganu pada tahun 1950.



Visi
MENCEMERLANGKAN SK. GELUGOR MENJELANG 2012 PERINGKAT NEGERI



CEMERLANG AKADEMIK, PEPERIKSAAN AWAM DAN UPSR, PEMANTAPAN JATI DIRI DAN NILAI – NILAI MURNI YANG LUHUR KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DI SAMPING KO-KURIKULUM HINGGA KE PERINGKAT NEGERI.









Moto
SEDERAP MENJANA KEGEMILANGAN

Cogankata
SEKOLAHKU CEMERLANG


Senarai Guru Besar









Pentadbir SK. Gelugor 2010




SCHOOL MEMORY 2010






Bil Guru & Staf









Kemudahan Fizikal